Isnin, 9 November 2009
Dicatat oleh
Tenteraangin
Aku adalah KAmu.... Aku ini Tidak Apa Apa Tanpa Kamu.. Kenapa Tinggalkan Aku meski kau tahu Kau adalah Jiwaku...Kamu Jahat.... Jika Aku mampu undurkan Waktu, Akan aku bunuh Kamu saat ku bertemu Denganmu
Untuk Marisha
Cahayaku
Tiada Kata yang Ingin aku Sampaikan
Melainkan Maaf dan Terima Kasih
Sudah Memberi Erti Pada Hidupku Yang Sempit...
Aku harus pergi
Bukan meninggalkanmu
Tapi terlepas darimu
Jika kamu yakin akanku
Maka memang inilah cara yang terbaik
untuk dijalankan ...
Kisah dari Pembaca... Marisha... Seorang sahabat kita yang kecewa kerana kematian kekasihnya yang sangat dicintai... (Nama Disamarkan)
Sabtu, 7 November 2009
Dicatat oleh
Tenteraangin
Kini aku terbaring di atas jalan kehidupan...
Kali ini aku telah jatuh dan tidak ingin bangun lagi
Akhirnya, seketul hati ini ingin mati
Merajuk dengan dunia...
Ingin berada dalam gelap...
Hati ini telah disentap kemudian dilempar kembali
Betapa sakit hati ini bila diperlakukan begitu..
Puas sudah jasad memujuk..
"Hati, sila berdiri... aku memerlukan mu sebagai raja"
"Aku memerlukan kau sebagai pelengkap rasa ku "
"Wahai jasad, aku merasa derita yang halus..Kau merasa derita yang zahir"
"Sedarkah kau jasad, kematian hati lebih bahaya dari kematian jasad...
Kini aku terbaring sendiri di sini
Dengan jasad yang hidup dan hati yang mati
"Hati yang Mati"
-Dedikasi Kepada 4 Bidadari Kejam-
Dicatat oleh
Tenteraangin
Datang mu pada ku adalah erti pada hidup ini
Setelah lama aku berjalan di atas lorong kehidupan ini
Aku berjumpa kamu yang sanggup menemani
Oh, betapa indah hidupku ini...
Saat bersama mu bukanlah suatu yang sia -sia...
Terima kasih kerana beri aku merasa,,,
Apa itu perasaan cinta...
Bukan cinta biasa....
Walau pada pandangan orang ianya biiasa
Aku melangkah dengan penuh semangat
Kerana sudah ada orang yang berjalan bersamaku
Hadirmu ibarat membakar ruhku yang penat
Sungguh, diriku melangkah jauh kerana keramatmu
Kini....................
Perjalanan ku di lorong kehidupan ku kembali seperti waktu dulu
Sunyi dan sepi menemaniku..
Hari ku tidak seceria dahulu...
Pelangi, dan matahari seakan mengejekku
Mengejekku kerana sunyinya aku
"Dedikasi kepada 4 Bidadari Kejam"
Dicatat oleh
Tenteraangin
"Aku Cuma Berkelana Sendiri Di Dunia Ini... Aku Telah Dihukum Untuk Merasa Derita Sunyi Hingga Matiku, Aku tercipta Untuk Melihat Bahagia Bukan Untuk Merasa Bahagia."
Georgetown
19 Februari 2002
Cinta tidak berbalas memang menyakitkan.. Si wanita yang sudah cukup lama memendam rasa terhadap sang teruna akhirnya kecewa apabila bukan dirinya menjadi pilihannya. Si Wanita berkahwin dengan adik lelaki yang dikasihi semata2 untuk membalas rasa tidak puas hati.. Setelah 7 tahun melayar bahtera dan dikurniakan cahaya mata yang comel, sang lelaki datang menagih cinta si wanita... Berdebar hati si wanita apabila kekasih yang dipuja datang mencari.. Si wanita nekad untuk bersama kekasih yang dicintai dan meninggalkan suami yang disayangi.. tapi apakan daya.. ia semua satu permainan... lelaki tersebut akhirnya meninggalkan si wanita itu lantaran terkenang rasa rindu pada anak dan isteri yang sah...
Benarlah peribahasa
"Yang dikejar x dapat, Yang dikendong berciciran"
wanita tersebut disahkan menghidapai penyakit mental dan ditemui berlegar2 di Menara Komtar awal tahun2007 hingga Jun 2008
Dicatat oleh
Tenteraangin
"Kita Mungkin Tidak Lahir Pada Waktu Yang Sama , Tapi Kita Telah Berjanji Akan Mati Bersama...Kerana Kau Jasad, Aku Bayang... Nafasmu milikku, Jantungku Milikmu... "
Julai, 2003
Bagan Dato
Kisah mengenai sepasang suami isteri yang mencintai antara satu sama lain. Memahami dan difahami.. Walau dunia ini terbelah, mustahil untuk berpisah. Walaubagaimanapun, kebahagiaan tidak selamanya hadir dalam hidup setiap insan.. Si isteri telah menduakan suaminya lantaran kegagalan suami mengurniakan zuriat untuk si isteri, maka terhasil anak hubungan terlarang yang bukan dari salasilah keluarga sang lelaki.... Tekanan demi tekanan, akhirnya, lelaki tersebut telah mengunci rumahnya dan membakar rumahnya sendiri. Nota ini dijumpai dalam keadaaan separuh terbakar. Rumah yang menjadi syurga pasangan bahagia menjadi nostalgia tragik untuk satu pasangan ....